
p/s sahabat-sahabat, tolong doakan keselamatan ayah saya yg akan menjalani pembedahan 'bypass' pada 8 Oktober 2009 ni,insyaallah..baba, kaklong sayang baba very much..
"Claiming herself as an expressive but only on certain issues where she has interest for.."

Sepatutnya turun ke penang Jumaat lalu. Suhu badan suami yang tiba-tiba panas mendadak sejak Khamis memaksa saya membatalkan rancangan ke penang. Secara kebetulan juga suhu badan saya pula panas dan selsema hari Jumaat itu,mungkin berjangkit dari suami agaknya…
…………………………………………………………………………………………………………………………
Saya mempunyai masalah dengan keyakinan diri dan kepuasan hidup baru-baru ini.Errmmm…mungkin bukan baru-baru ini sahaja,rasanya seperti sudah menjadi penyakit dalam diri sendiri sejak dari zaman sekolah.
‘Penyakit’ ini ada baik dan buruknya.Kebaikan datang bila ianya ‘memaksa’ saya untuk berjuang mencapai apa yang saya ingini (tapi bukan matlamat menghalalkan cara yer) dan keburukannya bila saya sentiasa dalam keadaan tidak menentu atau sentiasa ‘mengeluh’ sepanjang hidup saya (mungkin kerana penat untuk cuba menjadi serba ‘sempurna’ dan bila fikir balik macam tak logik kerana bukankah manusia ni dilahirkan serba kekurangan?)
Teringat kata-kata seorang sahabat yang mengeluh, “Percayalah,sekuat dan segigih manapun kita beruasaha,kalau ditakdirkan kita gagal,maka kita akan gagal juga dan kesannya memang sangat mengecewakan…”.
Mungkin kerana kata-kata itu juga lah membuatkan saya sentiasa percaya pada qada’ dan qadar dan selanjutnya memang kuasa untuk menentukan kegagalan dan kejayaan hidup bukanlah ditangan kita dan Allah swt yang berkuasa menentukannya. Saya sekadar mampu berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan percaturan hidup yang telah ditentukan Allah swt ke atas hidup saya.
Cuma kadang-kadang saya cuba untuk tidak menaruh harapan besar untuk melihat usaha yang sudah dicurahkan itu berjaya tetapi secara jujurnya, sukarlah!
Ukiran khat kayu jati yang dibeli berdekatan kawasan perumahan kami.Memang berbaloi.Secara tak langsung menghidupkan dinding utama ruang tamu rumah kami berdua.
Meja kopi yang dibeli suami beberapa bulan sebelum kami berkahwin. Cuba lihat atas kabinet tv tu, dihiasi beberapa hiasan dekorasi rumah hasil sentuhan kreativiti suami.
Jam antik yang dibeli di 'The Room', KLCC. Beli secara kebetulan semasa hendak menonton wayang di KLCC. Oh ya,gubahan bunga tu,kreativiti suami lagi ya. Pasu tu pula hadiah kahwin daripada Raina.
Sofa yang kami beli di Cavenzi.Banyak pilihan menarik dengan harga berpatutan. Dinding di bahagian ruang makan, di cat suami dengan warna purple untuk tambah 'seri' rumah.
Meja makan dari cavenzi juga. Beli yang kecil sahaja memandangkan ruang yang terhad. Saya berdegil untuk ada meja makan kerana tak mahu mengotorkan meja kopi di bahagian ruang tamu.
Suami peminat kayu jati. Jadi,cermin besar kayu jati ini menjadi kesayangan suami dan tumpuan tetamu yang hadir melawat teratak kami.
Bangku kayu pemberian ayah mertua.Sayang nak letak kat luar beranda kerana ianya ada nilai sentimental kepada kami berdua.
Koleksi magnet yang menjadi kegilaan suami. Saya pun turut terikut sejak akhir-akhir ini. Senang kalau nak bagi 'gift' pada suami, cari jer mana-mana magnet pelbagai bentuk dan hadiahkan pada suami. Surely excited!